YoungsterBoy
Bonjour!

hello fella nice to meet you

Meet Me There:

Story superboy ;) Chat

super song

one direction



credit

Design by : noorhidayah dayah
Beringat Sebelum Terkena
Saturday 23 August 2014 | 03:43 | 0 supehero saya

Assalamualaikum , 


Meh sat nak share info sikit . meh baca deh . huhu 

 Apakah yang dikatakan kecederaan ACL?

- kecederaan ACL di difinasikan sebagai ketegangan yang melampau atau berlaku koyakkan  samaada sedikit ataupun putus keseluruhannya pada ligamen itu.

- kedudukan ACL dan PCL adalah dalam keadaan bersilang seperti 'X'.  sebab itu juga ia dinamakan 'cruciate'
- secara lazimnya apabila kecederaan berlaku, ligamen seperti PCLcollateral ligamen dan miniscus juga akan turut mengalami kecederaan terutamanya pemain bolasepak dan pemain ski.

-oleh kerana kelainan atonomy dan kekuatan otot, kaum wanita lebih senang terdedah pada kecederaan ini. Kanak-kanak pula akan berlaku kekoyakan ligamen bersama-sama dengan cerbisan tulang dan perlu menjalankan pembedahan untuk membetulkan tulang. 

- MRI perlu dilakukan untuk mengetahui secara terperinci mengenai tahap kecederaan.

- JIKA ANDA TIDAK AKTIF bersukan lagi  dan tidak melakukan kerja-kerja berat, tidak perlulah pembedahan TETAPI bila anda berjalan akan terasa tulang kering seakan-akan terkeluar 'give away' dan penyakit arthritis akan berlaku lebih awal. 





*Sumber dari syeikhul google



Ok, back to the point . mesti pelik kan , awat la yang aku tetiba post entri macam acah-acah nak jadi doktor ney kan ? hahaha . *sesekali jadi doktor apa salahnya ye dok . Actually , lama dah nak tulis entri baru , tapi baru sekarang terajin . so baca je la ye . hope santai . 




First of all , sebenarnya yang aku menyibuk-nyibuk amik tau pasal info ni sebab doktor cakap yang aku ni di suspek kan maybe torkono sakit ACL . benda ni dah lama aku kena . hampir 4 bulan dah . fyi, aku kena masa time main bola dekat padang time petang-petang . yang sodihnye lepas injured aku terpaksa gantung but deh . haih nasib kau lah labi *orang cakap malang tak berbau . huhu



So sejak hari tu sampai lah ke hari ni , aku dah tak aktif dalam sports lagi . pity of me . jujur aku agak sedih and terkilan sangat bila dah tak dapat nak main bola macam dulu . dah la soccer ni sport kegemaran aku . nak buat camne kan. bila-bila masa je Allah boleh tarik nikmat tu. so, beringat sebelum terkena .




Nak dijadikan cerita , akibat dah tak tahan tengok kawan-kawan aku yang asyik berfutsal . Semalam buat pertama kalinya , aku buat come back . huhu . (curi-curi keluar main futsal) . nak dipendekkan cerita , malam tu bengkak lahai lutut aku . haha . habis kena bebel dengan mak aku . nasib baik bebel , tak marah . kalau marah aku terpaksa deh aku menadah telinga ney untuk dengar . terdetik dalam hati  , aku rasa mak aku nak marah tapi tak sampai hati kot . maybe dibiarkan aku untuk buat kesukaan aku kot . ( mak mana yang tak sayang anak kan ) hehe . sekali tepat sangkaan aku , mak aku cakap lebih baik aku bersukan daripada melepak tak tentu hala. tak gitu? *pastu mak aku cakap , kalau nak main jangan lasak sangat and paling penting bagi sembuh sepenuhnya dulu




So , kesimpulannya . to my frens out there, and yang baca post ney . i'm begging u guys . please please pray for me ya . doakan semoga aku tak kena operation . takut wooo . and paling penting aku dapat sembuh dengan baik and cepat . 

the end


Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Pengalaman Mengajar Buat Pertama Kali
Thursday 13 February 2014 | 00:44 | 0 supehero saya









Assalamualaikum , 
 

Lama sangat dah tak update blog sendiri tapi berjalan ke blog orang lain memang tiap masa. Seronok membaca ni sebenarnya , tapi minat tu lebih cenderung menulis dari membaca. Oleh itu , aku terdetik hati pulak tiba-tiba untuk post entri baru . hmm , aku just nak share dekat korang pengalaman aku jadi guru ganti . aktiviti lepasan spm la katakan .

Okay lah, pengalaman menjadi guru ganti di Maahad Tahfiz Darul Quran Sabak Bernam memang pengalaman yang tersangatlah baru bagi aku . In short, aku boleh kata ini satu pengalaman yang menarik dan best untuk dikongsikan bersama. Alhamduliah, sememangnya proses pembeljaran aku selama 5 tahun dekat sekolah dulu sedikit sebanyak membantu aku untuk menyesuaikan diri dekat sini.

Pertamanya, dari segi communication skill . Antara semua, aku rasa aspek ini paling penting . Sebenarnya itulah yang menggambarkan personaliti kita , apa orang kata, 1st impression gitu . hahaha . Cabaranya yang aku tempuhi kat sini aku kena beranikan diri untuk bersuara . haish , yang ni yang aku lemah . maklom lah , aku ni level confident kurang . darah gemuruh tinggi , memang hampeh la senang cerita . yela , mana taknya , budak lepasan spm kena mengajar budak yang muda berapa tahun je dari aku . memang tak la kan . Aku masa tu dah terfikir dah , boleh pergi ke aku dengan kerja macam ni . dah la aku ni bukan jiwa mengajar , tapi atas faktor dorongan dan sokongan parents aku , aku mencuba jugak lah nasib kan . at least , ada jugak duit yang aku boleh jana hasil titik peluh aku . Tuah ayam nampak dikaki , tuah mansia siapa yang tahu kan ? hmm , masa mula-mula tu gugup jugak lah nak bercakap . tapi, lama-lama tu , alhamdullilah , keyakinan dan keberanian tu datang sendiri . hehe 


Next , aku ingat dia call terus lah dapat kerjanya kan . sekali , tak pasal kena interview dulu . oh my god , dah lah tak buat preparation pape , tiba-tiba kena temu duga , apak ah , aku rasa macam dah fed up dah masa tu . Tapi , tanpa aku duga , aku ternampak lah seorang budak ni , dialah yang selalu bagi aku semangat , motivasi dekat aku , kawan baik lah katakan , dia pon kerja dekat situ . hoho . Tiba-tiba aku rasa lain macam . Rasa macam dapat power pulak .  pengetua tu pon soal punya soal punya soal , aku pon jawab punya jawab ( main ikut sedap aku je ). Finally , syukur alhamdullilah aku di terima untuk mengajar dekat situ .

Petang hari tu , bermulalah tugas aku sebagai murabbi . Sesampainya aku dekat tempat mengajar tu , ada seorang budak ni datang dekat aku , "Assalamualaikum , ustaz ney kawan ustazah U*** ye ? ". hehe . Aku angguk je . aku tengok budak-budaknya macam baik saje . harapnya lah kata aku dalam hati . Lepas tu kelas pon bermula , aku minta seorang demi seorang perkenalkan diri . biasalah kan , pepatah orang melayu arab ada kata , " tak kenal , maka taaruf " before that , students aku semuanya ada 16 orang saje . sekolah swasta lah katakan . Paling dewasa 17 tahun dan paling muda 11 tahun . Macam-macam jugak karenah budak-budak ni . Teringat aku masa zaman sekolah dulu . haha . kira macam throwback la ni .
budak-budak nakal tu mesti lah adakan . macam aku jugak dulu ,  rasa kesian jugak dekat ustaz Hamdi dulu , susah payah dia paksa kitorang sebab nak didik jadi manusia berguna . so , inillah hasilnya . Thanks ye ustaz sebab didik saya jadi macam ni :)

Lepas lebih kurang seminggu lebih tu , aku dah rasa macam serasi , aku rasa macam seronok pulak mengajar ney , huhu . Yela , sampai kawan-kawan kampung aku panggil pak ustaz , imam besar , yang tak blah , pencetus ummah pon keluar . haha . ada-ada je la diorang ni . tapi kadang-kadang tu ada jugak la terasa kan . biasa la manusia  tak semuanya sempurna , serba serbi kekurangan . Mak aku selalu pesan ,  jadi guru ni kena banyak bersabar , jangan diikutkan amarah tu . hmm , nasib baik lah aku boleh pikir lagi yang mana baik yang mana buruk, paling teruk pon aku denda budak-budak tu kalau diorang buat sala , denda jalan itik keliling surau . Tapi still jugak ada yang kecam aku . haish , sabar je la . budak-budak sekarang makin lama makin manja , buat itu tak boleh , buat ini tak boleh , balik-balik cikgu yang kena saman . 

Tapi , setelah aku merenung sejenak , aku fikir semua yang berlaku mesti ada hikmahnya kan , maybe ni balasan hukum karma dekat aku kot yang Allah nak tunjukkan , yela dulu aku pon bukanlah budak yang baik mana . Nakal jugak aku . hehehe . mungkin ni lah khilaf dosa aku dulu . Nak tak nak aku kena terima kan .  
Lastly , tamat jugak amanah yang aku pikul . aku berhenti selepas dua minggu . guru tetap dah daftarkan diri . Time nak balik jumpa pengetua tu , budak-budak semua macam nak tahan aku supaya janganlah berhenti . sayang jugak diorang dekat ustaz diorang ni ye .hehe . terharu seketika . wakkakka . biasalah kan apa yang ada depan mata biasanya kita tak pernah hargai , tapi bila benda tu dah tiada , mula lah nak mencari kan ? Alhamdulillah gaji aku dapat rm400 . bersyukur sangat . dapat lah jugak kan , daripada tak ada . So , pape pon conclusionnye dekat sini , firstly , buat baik dibalas baik , buat balas dibalas jahat . secondly , carilah rezeki yang halal . hehe .

sekian , terima kasih

 

peace yaw :)







Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Jom Usha Kerja Part Time
Wednesday 8 January 2014 | 07:37 | 0 supehero saya

Assalamualaikum ,

Sihat semua ? selamat bersua kembali ye . hahaha . Akibat lama tak update blog ni, bersawang dah nampak gayanya . Sedih bhai , bukan sebab apa . yela , blog aku ney kena hack pulak . tak boleh bukak . haish , tapi alhamdullilah lah sekarang dah okay dah . aku dah pon detact orang yang hack aku uh , dan dia dah pon terima balasannya . kahkahkah ( ketawa jahat ) . Betullah orang cakap , buat baik dibalas baik . buat jahat dibalas jahat . So , jangan hack orang eh . buruk padahnya nanti . 

Okay lah , back to our mood . Entri kali ney aku nak cakap pasal kerja lepas SPM . Macam-macam kerja yang boleh dibuat sementara menunggu keputusan SPM kan. Ada yang memang terus cari tetap, nak bantu keluarga katanya. Walaupun macam cetek akal, tapi sekurang-kurangnya, niat tu murni dan tak membuang masa melahu sana-sini.Tapi overall kebanyakannya cari kerja sambilan atau 'part time' je. Berjenis-jenis kerja 'part time' yang boleh dibuat okay.

First kerja yang boleh ditry , yelah kerja sambilan di stesen minyak. Tak kisahlah Shell ke, Petronas ke, Mobil ke, Esso ke, yang penting jangan bagi pendatang asing ramai sangat buat kerja-kerja mudah macam tu. Pendatang asing ni bila dah ramai mula lah 'naik lemak'. hehehe , tu yang aku macam bercadang jugak nak kerja situ . Ambil lah kebaikannye , contohnya ;ita boleh belajar operasi stesen minyak. Boleh belajar kira duit, jaga duit. Boleh belajar stok. Pendek kata, serba serbi selok belok asas perniagaan boleh dipelajari dengan bekerja di stesen minyak. Boleh jumpa macam-macam jenis manusia. Pergaulan pun luas. Tapi, luas bukan bebas ok.

Seterusnya , boleh juga try kerja sambilan jadi juruwang atau 'cashier' di pasaraya. Giant dan Tesco masing-masing berlumba-lumba buka cawangan baru sana-sini.Carrefour pun sama juga. Maknanya itu peluang kerja. Jangan lepaskan peluang. Setidak-tidaknya perlu dicuba. Jadi juruwang ni kerja seronok. Hari-hari layan duit tunai dalam jumlah besar. Itu melatih sikap amanah dan jujur. Jangan salahguna pula. Nanti memalukan diri dan keluarga. Duit tu ada aura. Itu orang kata. Jadi bila hari-hari pegang duit, kira duit banyak, maka semangat nak cari jalan untuk dapat duit sebanyak tu setiap hari akan bertambah. Bertambah semangat bukan maksudnya tamak atau berniat nak berlaku tidak jujur. Itu berdosa dan salah di sisi undang-undang. Jalan bekerja dengan amanah itu lebih berkat dan lebih bagus. Kata nak cari duit halal, jadi bekerjalah sebagai seorang 'cashier' yang cekap, jujur dan amanah . tak gitu ?

Last sekali , kita boleh jugak kerja sambilan kat restoran makanan segera . KFC, McDonalds, A&W, itu nama-nama besar . dorang biasanya selalu  perlukan pekerja sambilan dan sepenuh masa. Awek-awek biasanya ramai lah pilih kerja part time di 'fast food outlet' ni. Kerja bukannya berat, cuma kena cekap. Jangan kedekut senyum dan jangan bagi pelanggan beratur lama-lama. Letih memang letih tapi mana ada kerja yang tak letih. Kalau bekerja di lokasi-lokasi di pasaraya di bandar-bandar besar, lagi banyak pendedahan. Bukan setakat jumpa orang Malaysia, pelancong pun ramai. Boleh perbaiki bahasa Inggeris. Jangan segan-segan. Tunjukkan yang orang Malaysia semua cerdik-cerdik walaupun bekerja di 'fast food outlets'. Orang Malaysia kan hebat.

So , sebelum aku tutup coretan aku ney . Aku harap korang doakan lah aku dipermudahkan urusan eh . permudahkan aku dapat kerja yang best-best sebelum nak ambil result nanti ye . hehehe . bye , adios .



Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Oh My S.P.M !!!!
Monday 3 June 2013 | 10:37 | 0 supehero saya
Assalamualaikum semua .

I'm back !! hahaha . lama dah tak update blog . ada siapa-siapa rindu aku ? mesti ada punya kan . hehehe (perasan tahap cipan aku ney) . Btw , thanks kepada yang sudi menyedarkan aku sebab dah terlalu lama tak menghapdate blog . atas dasar berperikemanusiaan dan keprihatinan beliau maka-nya aku sanggup mencuri sedikit masa untuk menghapdate blog bagi membalas budi beliau . hahaha .

Okay , topik entri aku kali ney adalah pasal SPM .

sedar tak dedar tinggal lagi 5 bulan je masa untuk study . haish , cepatnya masa berlalu kan ? pejam celik pejam celik tahu-tahu je SPM is around the corner. oh no!! dah lah banyak lagi subjek yang nak kena catch up . wohooo , mahu gugur jantung kalau tiba-tina kerajaan umumkan SPM tukar tarikh esok !! mana taknya , banyak lagi subjek form 4 & form 5 yang still aku blurrrr . so , jalan penyelesaian nya tak lain tak bukan . I NEED TO STUDY STRUGGLE FROM NOW !!! full stop .



Ini lah yang aku ingin capai, dalam hidup aku.
The highest dream, that I want to grab
and ACHIEVE it in SPM!!!

Jika dipermudahkan urusan, InsyaAllah, aku inginkan pencapaian yang cemerlang untuk exam ni. Aku nak berjaya, aku nak bantu keluarga. Aku taknak dah tengok mak ayah aku hidup bersusah payah macam sekarang ni . even , aku ney anak second , tapi aku first son in family so tanggungjawab aku besar. Aku harus melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan dan harus memikulnya dengan sebaik mungkin.

Masalah kawan-2 ?
Dah jadi adat hidup remaja kan,, mana mungkin tak terlepas dari belenggu masalah rakan-2 sebaya. Bagi aku, normal lah. Okay, masa dulu-2, aku cepat dan mudah terasa bila seorang member mula perli, pandang sinis ataupun pandang rendah pada aku. Kadang-2 tu aku rasa diri aku ni hina sangat .Siapalah seorang hamba ini, kan? Hanya seorang manusia yang bertaraf rendah. Tapi, aku cuba menoptimiskan fikiran aku. Buang yang keruh, ambillah yang jernih.

Kadang-2, ada juga kawan-2 sekelas yang tanpa sengaja selalu sangat mengguris hati aku ni. Tapi, aku cuma berlagak cool. Padahal dalam hati, hanya Allah sahaja yang tahu . Aku taknak lah dikatakan itu ini depan kawan-2. Tak molek lah nanti , kan? Apa yang aku buat, aku cuma steady, tak menggelabah, dan dilantakkan hidup dorang. Apa dorang nak buat dorang punya suka lah. Yang berdosa orang lain, bukan aku. Ini adalah FAKTA !!

Hidup ni tanpa kawan-2 teramatlah sunyi. Sahabat juga menjadi tunjang kekuatan ketika di dalam kepiluan dan kesedihan. So, ramah-ramahkan diri untuk bersahabat , dan jangan menjadi kera sumbang ya ^^

Masalah Hidup, Masalah Peribadi ?
Itu lain cerita. Everyone has their own problem right? Yang penting cara mereka menyelesaikannya :) 



Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Saya Dah Besar
Friday 25 January 2013 | 09:49 | 0 supehero saya


Assalamualaikum semua 

alhamdullilah , mood tgh okay ney . tiba-tiba pulak tgn ney pon rjin sgt nk menaip . haish . da lama kot rsenye tak mengupdate blog ney . sejak skola start , mmg susa nk dpt chance pgg lappy . so mmg konpem-konpem la x bley nk tls entri bru ye x ? okay la . back to the story , mls ak nk berceloteh lg pnjg-pnjg . kte trus straight to the points eh . hmmm . akhirnye dapat gak idea and masa utk update blog aku ney . hehe . post aku kali ney akan merangkumi serba sedikit pasal ketua-an aku yang semakin ketara (da form 5) hahaha .

so . amacam 2013 so far ? best takk ? hmmmm , untunglahh . i have to suffer my cough . urghh . penat ahh batuk2 . sakit pulak tuu . adoyai . 
, lagi dua hari je dah nak start skolah kann ? kejapnye la cuti .  how time flies . rasa mcm baru semalam . errr , pape je lahh . haha . lpas ni dah takley nk tido n bangun lambat . alaaaaah :(


ehhh geng , tak caya dohhh ! aku dah FORM 5 !!!! .


FIVE . yes 5 . okey stop with 5 . hmmmmm , my last year of school . dah besar aku kannn . *cakap sendiri :p haha . im so gonna make this year , a YEAR TO REMEMBER (:  aku nak jadikan tahun ni as my BEST year of the 'school life' ! final year lah katakannn :p hehe .

so , as malaysian . Form 5 = SPM which is , Sijil Pikat Mertua :p hahaha . tak lahh . Sijil Pelajaran Malaysia of course . im gonna sit for it ? but im just a kid ! lahhh sangat . haha .

Seram lahh bila fikir2 pasal SPM ni . bukan main2 kott . it will determine my future .BESAR tuu . dah lahh mse cuti satu ape punn aku tak buat . even HW punn takde . 0 . maknanya this year kena start from ZERO ? Ya Allah . in a year . im gonna have to study it ALL again ? parahh . kena kerja lebih ni . mati lah aku this year

Ape punn , usaha tangga kejayaan . Aku kena berusaha sehabis mungkin . 'crazy pig' punyaaa :p korang doakan untuk aku okey ? Tadah tangan now . now ? YES NOW PLEASE :') n read this .

"Ya Allah , kau permudahkanlah segala urusan Nasrul Naim Nasrodin serta rakan2 seperjuangannya untuk menimba ilmumu agar mereka dapat mencapai impian mereka untuk berjaya dalam SPM serta pada masa2 yg akan datang . Kau bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima ilmu dengan mudah dan berkatilah segala ilmu yg mereka dapat . Amin ."

Amin amin ya Rabbal 'Alamin . Thanks korang :D kalau nak doa lebih pun dialu-alukan :p hehe .

ohh , one more thing . since there's a big exam this year , just like 2010 , i might not update regularly . so , awal2 , im SORRY . but i'll still update ! don't worry okey ;) *mcm ade je readers kauu -.-'

okay la jmpe lg . bye .



Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Kembali Ke Sekolah
Saturday 29 December 2012 | 09:49 | 2 supehero saya


Assalamualaikum 

hmm..da lame rasenye x update blog ney..haish..berkurun da rsenye..smpai da berhabok-habok da blog ak ney...hehehe..bukan sebab pe da lme x mengupdate...ak x de idea la nk taip entri psl pe..hihi..idea tu x nk dtg2..aisey...pnt da pikir..smpai nk trcbt kple otak ney..

okay la...1st entri slps lame mnyepi..hihi..kali ney ak nk kongsi sket kt dalam blog ney psl KEMBALI KE SEKOLAH...hmm..sedar x sedar...cuti sekolah tinggal berapa hari je lagi kan??...rasa macam cepat je masa berlalu ...pejam celik pejam celik... da nk msk taon bru...banyak peristiwa masam masam manis pada tahun 2012...sebenarnya  tak ada cerita sgt nak dikongsikan dalam entri kali nie psl kmbli ke skola..tapi stlh didesak oleh kwn2 spye mnls entri bru...so mcm trgrak jgk la ati ney nk mngupdate blog ni...demi kwn2..ye x??hahahaha

02.01.2013... merupakan tarikh kembali ke sekolah..pada tahun hadapan ( tinggal berapa hari je lagi )...aku  akan mnjadi calon SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ( SPM ) ... tak sangka ...dah 11 tahun aku dialam persekolahan ney...hahahaha...x rse matured pon lg..tpi umor da 17...aiyooo...bnyk sedih wooo..cuak + gmbire + happy + sedih sume ad...hmmm..prsaan ak bercmpor baur  la...msih lg rse mcm x cye je da nk jd form 5..ish3so mulai taon dpn ak da x bley men2 lg...kne fokus..yela..last year kt skul kn..n lgpon ak kn ad exam besar..so kne la stdy hard ye x??hmm...mmg kne pulun abez la nmpknye..x bley mls2 da..x bley leka..x bley sgle2 nye la sng cter...kre taon dpn ney ak kne jd stdent y lbey baek drpd taon2 sblomnye la sng cter..

so kepada yang bakal kembali ke alam persekolahan tu ... aku ucapkan SELAMAT KEMBALI ....dan  kepada murid-murid tahun 1 selamat datang ke sekolah...hahaha..jgn nges2 ye.. dan kpd tingkatan 1 pun selamat datang ke sekolah jgk...tapi sekolah menengah la...

Oklah ckp smpai sni je kot...da x de pe nk taip da..so aku nk mengudur diri ... dah penat berceloteh ... len mse klu ak rjin nanti aku berceloteh lg ye ...sori  kalau aku ada buat salah dan silap aku minta maaf okay ... sekian .


Thnks for reading my story :)

2 comment(s)
Pentingnya Peperiksaan Sebenarnya
Friday 5 October 2012 | 21:03 | 3 supehero saya



Assalamualaikum...


lama rasenye tak update blog aku ney . dah berhabok-habok da jadinye blog ney . hahaha . hmm . tak taw la nape hari ni idea aku tibe-tibe datang mencurah-curah , bak air ujan yang lebat dan tak mampu untuk ditadah lagi . so aku nak citer pasal langkah-langkah persediaan exam aku sebelum SMATQ konon-kononnya la kan .haha . pengalaman menjalani exam besar macam PMR taon lepas membuatkan aku menganggap peperiksaan sebagai sesuatu benda yang sangat penting dalam hidup aku . 



Sebenarnye , peperiksaan ni memerlukan sikap kita yang perlu bijak kawal keadaan dan ambil kesempatan . ney antara benda yang paling aku titik beratkan :



1. Tepati masa 

masa waktu peperiksaan besar camni la , baru aku tekankan pasal masa . kalau tak, tak de maknenye nak tepati masa . hehe . rata-rata aku tengok kawan-kawan aku pun cuba menepati masa dan memperbanyakkan ruang untuk belajar. semua bende jadi cepat . makan dengan cepat, mandi pun cepat, tidur pun sedikit . banyak lagi la . Bak kata orang, tiada masa kosong yang dibiarkan berlalu. 



2. Banyak Membaca dan ulangkaji


Sememangnya, pada masa ini tabiat membaca buku mula mucul dengan tanpa diundang. Semuanya menjadi rajin. Banyak menulis, banyak membaca dan banyak membuat ulangkaji. Semuanya menjadi banyak yang sebelum ini asyik sedikit . 





3. Budaya Meminta Maaf

Bila ye waktu kita semua saling bermaafan selain daripada waktu raya?rasenye waktu dekat dengan peperiksaan je kot, betul tak? Jadi, aku gunakan waktu ni untuk mintak maaf . Malah, kawan-kawan aku sume pon sama jugak . hmm . besenye sebagai pelajar ostel macam aku ni aku akan  telefon family yang kat rumah untuk minta maaf dan mintak dorang doakan kejayaan aku. Kalau waktu lain, sangat-sangat susah untuk aku berbuat demikian. Kenapa? aku pun tak tahu sebabnya . Macam peperiksaan adalah waktu perpisahan selama-lamanya. huhu .



4. Banyak Berdoa Dan Beribadat

Ada orang cakap, bulan puasa adalah bulan ibadat bermusim bagi umat Islam. Pandangan itu tidak benar, selain bulan puasa, pelajar Islam juga suka beribadat waktu peperiksaan. Selama ini tidak pernah solat hajat, waktu peperiksaanlah baru nak solat hajat dan baca doa panjang-panjang. Baca al-quran banyak dan beristighfar.

Apa yang aku nak  kongsikan di atas bukanlah dengan tujuan untuk mempersendakan amalan-amalan ini yang bermusim, sebaliknya aku nak kita mengubah pandangan kita tentang peperiksaan. Jika selama ini kita memandang peperiksaan sebagai sesuatu yang buruk dan tidak penting kepada penting dan bermanfaat. Buktinya, perubahan yang berlaku ke atas diri kita pada ketika itu. Apa salahnya, kita menggunakan ruang-ruang seperti ini untuk meningkatkan diri kita dan melakukan perubahan.

Ketahuilah, orang yang hebat adalah orang yang banyak diuji. Selagi mana, kita tidak menempuh ujian dan tapisan selagi itulah kita tidak tahu sejauh mana kemampuan kita.

Selamat menempuh ujian dan peperiksaan . Semoga aku dan rakan-rakanku berjaya dalam menempuhinya. ameeenn .



Thnks for reading my story :)

3 comment(s)
Older Post