YoungsterBoy
Bonjour!

hello fella nice to meet you

Meet Me There:

Story superboy ;) Chat

super song

one direction



credit

Design by : noorhidayah dayah
Jom Usha Kerja Part Time
Wednesday 8 January 2014 | 07:37 | 0 supehero saya

Assalamualaikum ,

Sihat semua ? selamat bersua kembali ye . hahaha . Akibat lama tak update blog ni, bersawang dah nampak gayanya . Sedih bhai , bukan sebab apa . yela , blog aku ney kena hack pulak . tak boleh bukak . haish , tapi alhamdullilah lah sekarang dah okay dah . aku dah pon detact orang yang hack aku uh , dan dia dah pon terima balasannya . kahkahkah ( ketawa jahat ) . Betullah orang cakap , buat baik dibalas baik . buat jahat dibalas jahat . So , jangan hack orang eh . buruk padahnya nanti . 

Okay lah , back to our mood . Entri kali ney aku nak cakap pasal kerja lepas SPM . Macam-macam kerja yang boleh dibuat sementara menunggu keputusan SPM kan. Ada yang memang terus cari tetap, nak bantu keluarga katanya. Walaupun macam cetek akal, tapi sekurang-kurangnya, niat tu murni dan tak membuang masa melahu sana-sini.Tapi overall kebanyakannya cari kerja sambilan atau 'part time' je. Berjenis-jenis kerja 'part time' yang boleh dibuat okay.

First kerja yang boleh ditry , yelah kerja sambilan di stesen minyak. Tak kisahlah Shell ke, Petronas ke, Mobil ke, Esso ke, yang penting jangan bagi pendatang asing ramai sangat buat kerja-kerja mudah macam tu. Pendatang asing ni bila dah ramai mula lah 'naik lemak'. hehehe , tu yang aku macam bercadang jugak nak kerja situ . Ambil lah kebaikannye , contohnya ;ita boleh belajar operasi stesen minyak. Boleh belajar kira duit, jaga duit. Boleh belajar stok. Pendek kata, serba serbi selok belok asas perniagaan boleh dipelajari dengan bekerja di stesen minyak. Boleh jumpa macam-macam jenis manusia. Pergaulan pun luas. Tapi, luas bukan bebas ok.

Seterusnya , boleh juga try kerja sambilan jadi juruwang atau 'cashier' di pasaraya. Giant dan Tesco masing-masing berlumba-lumba buka cawangan baru sana-sini.Carrefour pun sama juga. Maknanya itu peluang kerja. Jangan lepaskan peluang. Setidak-tidaknya perlu dicuba. Jadi juruwang ni kerja seronok. Hari-hari layan duit tunai dalam jumlah besar. Itu melatih sikap amanah dan jujur. Jangan salahguna pula. Nanti memalukan diri dan keluarga. Duit tu ada aura. Itu orang kata. Jadi bila hari-hari pegang duit, kira duit banyak, maka semangat nak cari jalan untuk dapat duit sebanyak tu setiap hari akan bertambah. Bertambah semangat bukan maksudnya tamak atau berniat nak berlaku tidak jujur. Itu berdosa dan salah di sisi undang-undang. Jalan bekerja dengan amanah itu lebih berkat dan lebih bagus. Kata nak cari duit halal, jadi bekerjalah sebagai seorang 'cashier' yang cekap, jujur dan amanah . tak gitu ?

Last sekali , kita boleh jugak kerja sambilan kat restoran makanan segera . KFC, McDonalds, A&W, itu nama-nama besar . dorang biasanya selalu  perlukan pekerja sambilan dan sepenuh masa. Awek-awek biasanya ramai lah pilih kerja part time di 'fast food outlet' ni. Kerja bukannya berat, cuma kena cekap. Jangan kedekut senyum dan jangan bagi pelanggan beratur lama-lama. Letih memang letih tapi mana ada kerja yang tak letih. Kalau bekerja di lokasi-lokasi di pasaraya di bandar-bandar besar, lagi banyak pendedahan. Bukan setakat jumpa orang Malaysia, pelancong pun ramai. Boleh perbaiki bahasa Inggeris. Jangan segan-segan. Tunjukkan yang orang Malaysia semua cerdik-cerdik walaupun bekerja di 'fast food outlets'. Orang Malaysia kan hebat.

So , sebelum aku tutup coretan aku ney . Aku harap korang doakan lah aku dipermudahkan urusan eh . permudahkan aku dapat kerja yang best-best sebelum nak ambil result nanti ye . hehehe . bye , adios .



Thnks for reading my story :)

0 comment(s)
Older Post | Newer Post