YoungsterBoy
Bonjour!

hello fella nice to meet you

Meet Me There:

Story superboy ;) Chat

super song

one direction



credit

Design by : noorhidayah dayah
Holiday di Negeri Borneo 2
Sunday, 3 June 2012 | 11:31 | 2 supehero saya
sambungan catatan di Sabah,

Tepat pukul 5.30 pagi, alarm pon berbunyi. Actually ak dah bangun..feeling gitu dengar ayam berkokok..Dah lama tak rasa suasana kampung macam ni. walaupon ak tnggl kat kg..hehe..Mengigil-gigil sejuk. Perghh memang nyamanlah!


Pukul 8 pagi kitorang bersiap untuk breakfast. Sejuknyaaaaaaa nak mandi... mencengkam minda ok. Don't worry, water heater ada :p. Nasiiiiiibblah ada...Lepas tu jenjalan sekitar  sebelum check out untuk ke destinasi yang telah dirancang..ewah!seawal pagi memang takde aktiviti apa-apa... jadi bolehlah bermalasan dan bangun lambat sikit! breakfast pun ayah y beli kat kedai dan makan kat dalam bilik...


Dalam perjalanan ke bandar , kami singgah di Tamparuli. Tujuannya adalah untuk bertemu dengan Marsha.. hahahha takde lah! Anyway, ak banyak taw nama tempat kat Sabah ni pon sebab Akademi Fantasia. Macam Mas dari Tawau, Felix dari Kota belud, Stacy dari Penampang



Memula nak jalan menyeberangi jambatan ni. Skali ada kung².. terus masuk kereta.. huawawawa. Tringat kat Marsha yang suka sangat nyanyi lagu jambatan Tamparuli masa kat akademi. 

Menurut sejarah, Tamparuli dikatakan mendapat namanya daripada ayat‘ditampar oleh air’ di mana ayat ini berasal daripada perkataan atau percakapan orang Brunei. Pada suatu masa dahulu, apabila pedagang-pedagang Brunei berkunjung ke Daerah Tamparuli, mereka tidak dapat naik ke hulu disebabkan arus air sungai yang terlalu deras. Maka timbullah ayat‘ditampar oleh air’ dan ia telah disingkatkan kepada Tamparuli.

Kewujudan jambatan gantung Tamparuli telah menjadikan Daerah Tamparuli  lebih dikenali oleh masyarakat luar dan pelancong asing. Menurut mitos di kalangan penduduk setempat, kononnya suatu ketika dahulu terdapat seorang perempuan yang cantik dan pandai menyanyi telah diculik dan dimasukkan ke dalam sebuah tempayan atau lebih dikenali sebagai  'tajau' oleh masyarakat tempatan. Tajau tersebut telah diletakkan di tiang pertama Jambatan Tamparuli agar binaan jambatan Tamparuli kukuh. Mitos ini dikukuhkan lagi apabila jambatan ini tidak pernah runtuh walaupun ribut taufan melanda daerah ini. Malah ia semakin indah dan masih tegak berdiri walaupun usianya sudah mencecah puluhan tahun.


Jambatan Tamparuli di sebelah kiri. Tinggi tuuuu... 

Jam 12.30 kami g jalan2 lagi! kami teruspergi ke pasar kraftangan dan pasar ikan masin untuk shopping plak...sampai kat pasar..Ya Allah ramai gler orang, parking pun susah nak dapat... sampai kena pusing dua tiga kali baru dapat parking! mula2 kami pergi ke pasar ikan masin dulu... mak ak memang nak cari ikan terubuk masin, nak beli untuk nenek n atuk... pastu beli jugak ikan bilis! murah, RM15 je sekilo kate mak ak la... ikan bilis nya pun segar dan baru lagi!dah habis shopping dan borong ikan masin dan ikan bilis kami pergi pula ke pasar kraftangan..


pelbagai barang kraftangan dijual di sini... semuanya menarik dan cantik! sempat juga beli gelang mutiara untuk buat souvenir... dah penat pusing pasar kraftangan kami gerak pula ke pasar peniaga tempatan untuk beli kuih... mak ak borong 10 peket kuih cincin dan 10 peket kuih amplang! memang sedap kuih ni, ak suka... kat pasar ni semua peniaga tempatan yang berniaga! harga kuih muih pun boleh minta tawar... sampai 2 kali kami pergi pasar ni sebab tak cukup kuih yang dibeli! mana taknya sampai dalam kereta terus buka dan makan... hehehee..opss..terlupe nak belikan kueh tok Helmi y dye krm..hehe..sori bro..trlpe sgt2 la


pastu kami gi lunch...Gerai ikan bakar y ak snggh ni terletak di belakang Pasar Philipines, berdepan dengan Le Meridien Hotel. Sedap juga walaupon makan kat lorong² begini. Hasil dari pembacaan ak, ramai yang kata fresh seafood di KK ni sangat murah. Tapi bila dah siap masak, harga jadik berganda. Jadi sebaiknya, sebelum memilih menu kenalah bertanyakan harga dulu.







Ikan merah bakar, sotong bakar, sayap ayam, rumpai laut, nasi putih + air kelapa = RM50

Memang rambang bijik mata. Semua rasa nak telan. Cuma satu je... aku tak jumpa kerang bakar.. orang sabah tak makan kerang eh? Ehh rumpai laut tu not bad taw. Ranggup dan masin2 gitu. Ak ni jenis suka mencuba makanan...so kira boleh terima gak la..hehe..telan je la.. da de dpn mata kan..lntk la pelik x pelik suma ak x tolak tepi ak bedal je..haha..kejam sggh  


petang nye kami pergi ke Tagal' Sg Moroli, Kg Luanti Baru, Ranau..Jarak dari hotel ke Kg Luanti Baru lebih kurang 32km. Bayaran masuk untuk dewasa RM5, kanak² RM2 dan kamera RM3 untuk 15 minit rendam kaki. Kalau nak mandi bersama ikan RM10 dikenakan. Makanan ikan pon ada dijual RM0.20 sepeket. Tapi ada limit, tak boleh sesuka hati nak beli banyak mana... ye la mementang dua kupangkan... ape ke de hal?  Jangan tak tahu, ikan akan mati sekiranya terlebih makan...gitulah penerangan yang diberi. Baiklah!

                                ney antara ikan y ada kat kolam uh.

Dalam dialek Kadazandusun Tempatan, 'tagal' bermakna 'tidak menangkap ikan', dan tujuan utama 'tagal' adalah untuk memelihara alam sekitar serta ekosistem untuk memberi manfaat kepada generasi masa depan. 'Ikan Pelian atau Masheer Malaysia datang dari keluarga Cyprinidae. Ikan-ikan khusus dilatih oleh penduduk kampung untuk melaksanakan aktiviti urut penyembuhan.

Urutan ikan dianggap mempunyai kesan penyembuhan ke atas mereka yang mengalami penyakit psoriasis. Datang ke Kampung Luanti untuk urutan ikan biasa dan anda akan menikmati kulit yang licin dan suppler - sama seperti dasar yang bayi . 
 

hmm..senang cter..Takyah pergi tmpt dedalam la, kat tempat cetek pon berebut ikan nak mengigit korang. Ada ikan kelah, lampam dan tiga empat ekor ikan keli sesat. Serius memang memula takut sebab nampak ikan tu hitam je. Dah la ikan keli tu berjanggut... lagi la ak nebes.Dah lebih 15 minit. Nombor kitorang tak dipanggil lagi. Agaknya sebab tak ramai orang, lagi pon time tu baru pukul 4 lebih. So guna la kesempatan yang ada.. sehingga halus dan licin kaki ku itew... memang best! Rasa stim2, geli2 sehingga terpancul ouchhh! auww! aduh! ha camtu lah... cubalah anda banyangkan :p 


maklumlah nak habiskan masa sementara nak check out sebelum ke airport pada jam lbh krg 7 malam!! dah pening pusing-pusing kami lepak santai kat Pantai Tanjung Aru... tengok orang main perahu layar dan matahari !! 

 sebelum gerak ke airport kami singgah makan di KFC je..hehe..kenyang2 je perut solat2 jap..pastu pukul 8 malam dah tiba di airport..selesaikan semua urusan pemulangan kereta sewa,check in dan pukul 9 malam dah ada dalam perut kapal terbang...

pukul 11 malam baru selamat tiba di KLIA dan trus pulang ke rumah..sampai kat rumah pukul 1 pagi!! arghh memang penat gila tapi puas hati sebab percutian yang dilalui sangat menyeronokkan... berbaloi-baloi!





Thnks for reading my story :)

2 comment(s)
Older Post | Newer Post