
|
Bonjour!
hello fella nice to meet you
Facebook |
super song credit
| MSSD Bola Sepak
Monday, 30 April 2012 | 21:19 | 1 supehero saya
Buat julung kalinya MITST Klang telah menghantar pasukan bola
sepak bawah 18 tahun bagi menyertai Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang
pada 10 April 2012 (Selasa) di Padang Bola Sepak SMK Meru.
Seramai 18 orang pelajar daripada pelajar tingkatan empat telah dipilih
oleh jurulatih bola sepak Ustaz Ahmad Hamdi bagi membentuk sebuah
pasukan yang mantap.Perlawanan telah dimulakan pada jam 9.00 pagi
dengan keadaan padang yang lecak serta hujan renyai yang turun sejak
awal pagi.MITST Klang telah diundi dalam kumpulan J bersama SM Teknik,
SMK Kota Kemuning dan SMK Batu Unjur.
Pasukan MITST Klang
berjaya mencuri 1 mata apabila seri dengan SMK Kota Kemuning pada
perlawanan pertama kumpulan J.Perlawanan agak seimbang antara kedua
pasukan dengan masing-masing berbalas serangan akan tetapi MITST Klang
lebih bernasib baik kerana beberapa percubaan bahaya dari SMK Kota
Kemuning gagal menembusi gawang gol.
Faktor pengalaman dan
taktikal mungkin antara penyebab kekalahan 2-0 MITST Klang kepada SM
Teknik pada perlawanan kedua peringkat kumpulan.Ini dapat dilihat dengan
ketara dari segi corak permainan kedua pasukan di mana SM Teknik lebih
banyak mengatur serangan dan mengawal permainan dengan baik sehingga
memaksa pasukan MITST Klang lebih banyak bertahan di kubu sendiri.
Perlawanan terakhir diantara MITST Klang dan SMK Batu Unjur adalah sekadar pelengkap jadual kerana kedua-dua pasukan tidak layak untuk meneruskan perjuangan ke peringkat seterusnya.Walaupun tidak membawa sebarang erti akan tetapi kedua-dua pasukan tetap mempamerkan persembahan terbaik.MITST Klang yang rata-rata menurunkan barisan pemain simpanan telah tewas 1-0 dalam perlawanan terakhir tersebut.
KEPUTUSAN PERLAWANAN
MITST Klang 0 – 0 SMK Kota Kemuning
MITST Klang 0 – 2 SM Teknik
MITST Klang 0 – 1 SMK Batu Unjur 1 comment(s) |