YoungsterBoy
Bonjour!

hello fella nice to meet you

Meet Me There:

Story superboy ;) Chat

super song

one direction



credit

Design by : noorhidayah dayah
Belajar Lah Memasak
Friday, 16 March 2012 | 20:51 | 2 supehero saya
Bila sebut pasal makanan dan masakan,kita akan terbayang golongan mak,chef yang kebanyakannya lelaki,pakcik tukang masak dekat kenduri dan brader tukang masak kedai siam. aku bukan nak mempersoalkan jantina siapa lagi hebat,jangan risau,aku bukan ultras lelaki cuma aku nak memberi pendapat kenapa kebanyakan makanan yang dimasak oleh golongan lelaki lebih power dari golongan perempuan.

aku percaya golongan perempuan kadang2 terlalu mengharapkan buku resipi ketika baru hendak belajar memasak. Ketika golongan perempuan sibuk membelek buku resipi,golongan lelaki telah mempersetankan buku resipi dan mencuba bereksperimental dengan berbagai jenis masakan. Mereka menolak norma dan undang-undang dalam memasak. Apa yang golongan lelaki pentingkan ialah lidah mereka. 

Kadang-kadang golongan lelaki turut melawan arus ketika memasak. Mereka terlalu rebel dalam masakan hinggakan seringkali mereka membuat sesuatu yang gila seperti meletakkan bunga kantan dalam sup. Tetapi hanya sesuatu yang gila mampu menjadi sesuatu yang genius. Terlalu biasa dan berhati-hati boleh membosankan dan inilah kesilapan yang selalu dilakukan oleh golongan perempuan.

Fokus ketika memasak. Aku sangat yakin golongan lelaki lebih fokus ketika memasak. Bila mereka turun ke dapur,mereka telah bersedia memberikan segala tumpuan pada masakan. Rasa hormat dan fokus pada masakan membuatkan makanan itu mempunyai soul yang tersendiri. 

Berlainan dengan golongan perempuan yang selalu melakukan kesilapan kedua,tidak respek pada seni memasak. Memotong bawang sambil bergayut dengan pakwe,tengah menumis sempat lagi jeling ke rancangan melodi kat tivi,tunggu kuah mendidih pun sempat belek cermin lagi menyebabkan masakan mereka hilang punca.

Seperti yang kita tahu,keadaan dapur ketika golongan lelaki sedang memasak adalah sangat neraka. Lesung batu,pisau,penapis,blender,bawang,periuk bergelimpangan tetapi ini juga yang menyebabkan makanan mereka mempunyai rasa. Suasana memasak yang havoc dan fun menyebabkan lelaki lebih bersemangat ketika memasak.

Cuba bayangkan golongan perempuan memasak. Lepas guna piring sebijik basuh,lepas ambek sos tiram simpan semula dalam peti ais,lepas tapis santan,basuh semula penapis. Ini sangat-sangat skema. Cara memasak yang terlalu skema menyebabkan golongan perempuan telah membahagikan otak mereka. 

Mereka harus tahu yang bila memasak kita harus memasak sahaja. Kerja-kerja membasuh perkakas dan menyimpan barang harus dilakukan ketika kerja memasak sudah siap atau pun telinga dipulas oleh mak sahaja. Seni memasak adalah seni yang senang dipelajari tetapi sukar dimahiri. Celaka,power jugak ayat gua ni..

Aku harap sape2  yang membaca entri aku ini dapat belajar sesuatu. Cuba jadi sesuatu yang wild atau seekor Kitchen Animal ketika memasak,percayalah anda akan melihat perbezaannya. Ketika aku menulis entri ini ,aku baru sahaja lepas memasak. Dan hari ini ,aku belajar sesuatu,terlalu kreatif juga boleh membunuh.



Maggi goreng Asam laksa misalnya..



P ajar S siang ikan : Kalau sape kata dye sudah terlalu terlambat untuk belajar memasak,dye gila!!!


Thnks for reading my story :)

2 comment(s)
Older Post | Newer Post