YoungsterBoy
Bonjour!

hello fella nice to meet you

Meet Me There:

Story superboy ;) Chat

super song

one direction



credit

Design by : noorhidayah dayah
Bola Oh Bola...
Sunday, 12 February 2012 | 09:17 | 1 supehero saya
Kenapa Bola?kadang2 aku sendiri tertanya-tanya. Pada 2003 sewaktu umur aku baru mencecah 7tahun, abah sudah mengajar aku untuk berjogging, dan bersukan. Bola? sukan pertama yang abah ajar kat aku, maklum lah, dah memang darah keluarga, semua suka main bola. 2005, sewaktu aku darjah tiga, setiap petang aku akan turun ke padang untuk main bola, selalunya 20 - 30 minit, itu pon main main macam tu je.. sampai lah umur aku 11tahun, 2007, aku mewakili sekolah untuk sukan bolasepak. hah, jangan main2, time tu aku bukan main untuk budak macam baru 11tahun, tapi coach sekolah pilih aku untuk join team tu sebab dia kate aku main macam da umur 14 tahun. padahal aku baru ja 11tahun, cuma aku terlalu berbakat la kot.. hehehe. perasan pulak. pernah dengar kasut kicap? ha, kasut tu la aku pakai masa aku darjah 5 wakil untuk sekolah, team budak2 sekolah sungai leman..

Perkara yang aku paling ingat sampai sekarang, pada tahun 2008, darjah 6 aku terpilih wakil sekolah untuk sukan antara sekolah sekolah daerah Sabak. Balik selection tu, aku bagitahu abah, "abah, abang dapat jadi wakil sekolah, main attacking midfielder" abah terus tersenyum, selalu, lepas training terus balik rumah, tapi hari ni abah melencong tempat lain... ke mana?ke pekan rupanya. ak pelik jugak, kenapa tiba2 pergi Sungai Besar .Sungai Besar dengan rumah aku agak jauh, 20minit la..aku da la tinggal kat ,Sekinchan. hmm.. tak pa lah, ikot ja lah orang nak bawak. then sampai sana Abah berhenti betul2 kat depan kedai sukan paling besar kat Sungai Besar. time tu naik kete ja, kete proton. aku dah rasa nervous, apa nak buat kat kedai sukan ni, abah pon masuk, aku ikot ja dari belakang. masuk ja dalam kedai tu, ayat pertama keluar dari mulut abah, "pilihla" sambil menunjuk ke araah boot2 bola yang bukan diperbuat dari kain ye, dari kulit/pvc, n yang paling penting ada brand, sebelum ni aku pakai cap tokyu je, kasut bola kain plak tu, tahu kan? warna hitam tapak getah tu.. hehe.. . aku dah senyum sorg2. xtahu pon nak pilih yang mana, hmmm.. lama juga belek2 kasut tu, last2 sebab tak nak susahkan abah beli kasut mahal2 sangat, aku pon mintak cadangan dari abah, "abah tolong la pilih sekali kat abang, nanti mahal habis duit abah" abah senyum ja, dalam hati mesti cakap bgus anak aku ni.. faham keadaan.. hehehe.. then abah pon angkatla 2pasang kasut, sebijik cap apa ntah xingat sebijik lagi line 7, warna grey, hah apa lagi, aku pilih yang warna grey tu la, semart kot, mcam artis!.

balik dari beli kasut tu, punyalah aku hepi, tersangat2, pakai kasut bola lari dalam rumah, smpai kena wrestling dengan mama aku.. sampai mama kata “kerja main bola, dalam rumah main bola, luar rumah main bola, patah habis pokok bunga aku” – haha.. besoknya time pegi training semua ushar je boot baru aku yg stylo ni, aku pon mmg show off habis la, gaya lari pon tiba2 dah jadi lain... nak hensem je.. tu yang klakar tu.. hadoii.. kiranya aku top player la time tu kat sekolah rendah. sampai ja tarikh tournament, team skolah aku pon lwan la.. peringkat group kejap ja, sebab daerah sabak bernam kan kecik, sekolah tak banyak, tapi sayangnye sekolah aku tak lepas pun peringkat kumpulan, time tu aku baru skor 2 biji, nombor bape ntah dlam list top scorer. hmm..punah harapan aku tok pegi wakil sabak bernam..ye la dia amik kalo team uh sampai peringkat separuh akhir je..Malangnya peringkat suku akhir  pun x sampai, sekolah aku kalah, sebab sorg defend skolah aku dapat red card, sebabnya? dia pegang telur stiker team lwan then picit2, sampai menangis budak tu report kat ref.. hadoii.. ntah betul ntah tidak ..ney kawan aku yang cakap..haha..alasan kena red card yang x bley bla la..

taon ney 2012..sekola aku ada nak anta wakil..masa ari tue ustaz ade amik name sape yang nak wakil..tapi aku tak daftar pon..tak larat nak pegi daftar..da la mase uh ak tak bape sihat..sakit..aku suruh la kawan aku ney daftarkan..hmm..tak tau la macammane ney skang..arap2 la aku dapat jadi wakil sekola lagi..hehe..yang bestnye ktorg yang da wakil sekola taon lepas tak yah pegi ujibakat da..tros je bley maen..so krenye pluang trbuka sket la..tak  saba plak rsenye nak arumkan name sekola..hmm..ok la..kte tnggu nanti bulan 4..arap2 la sekola beroleh kjayaan nanti..tahfiz, tahfiz gak..jangan sangka ktorg tak bley berjaya ye..


Dan kat sini, nak share la sikit moral of the story kan. Takkan  nak cerita kosong je..

1. Jangan mudah berputus asa terhadapa apa yang kita suka, atau inginkan.

2. Bila kita yakin dan tak berputus asa terhadap sesuatu yang kita mahu, insyaallah tuhan dengar doa dalam hati kita. Kalau saintfiknya, LOA akan menarik apa yang kita mahukan kepada kita. Hanya cepat atau lambat.

Sekian,cerita  daripada aku ..hehe


Thnks for reading my story :)

1 comment(s)
Older Post | Newer Post